Sunday, March 25, 2012

SYMPOSIUM PERANCANGAN HALATUJU 30 TAHUN TANJUNG GAHAI


DISINI BERMULA SEBUAH CINTA
Disini lahirnya sebuah cinta yang murni abadi sejati.
Disini tersemai cita cita bercambah menjadi warisan.

Andai ku terbuang tak diterima, Andai aku disingkirkan,
Kemana harusku bawakan, Kemana harusku semaikan cinta ini.

Betapa dibumi ini ku melangkah Keutara selatan timur dan baratku jejaki.
Aku bukanlah seorang perwira gagah menjunjung senjata.
Namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri ,Demi cinta ini.

Ku ingin kotakan seribu janji sepanjang kedewasaan ini.
Ku ingin sampaikan pesanan, Aku lah penyambung warisan!

Monday, July 19, 2010

KEADAAN SEMASA


                                                  Pemandangan Kampung dari Udara

                                                                       KLIK SINI


MAKLUMAT ASAS KAMPUNG




Parlimen Cameron Highlands : YB Dato" Devamany A/L Krisnasamy
Dewan Undangan Negeri Jelai : YB Dato’ Hj . Wan Rosdy bin Wan Ismail
Daerah / Jajahan / Bahagian : Lipis/Cameron Highlands
Mukim / Daerah : Ulu Jelai/ Lipis
No. Telefon / Faksimili : 09 – 3403046
Nama Kampung : Kampung Tanjung Gahai
Nama Ketua Kampung : Encik Jamaludin bin Dollah


Wednesday, July 14, 2010

SEJARAH KAMPUNG



Penerokaan awal Kampung Tanjung Gahai telah dilakukan oleh beberapa orang melayu yang datang dari Termerloh, Pahang yang diketuai oleh Tok Tekok dan Tok Sengkuang serta beberapa anak buahnya pada sekitar tahun 1899. Dalam proses pembukaan kawasan penempatan tersebut, mereka telah menemui sepohon pokok Gahai yang begitu besar. Kedudukan pokok itu terletak di hujung tanjung sungai Jelai. Jangka masa yang diambil untuk menebang pokok tersebut ialah selama 2 minggu yang dilakukan secara bergotong-royong dengan hanya menggunakan peralatan tradisional pada masa itu seperti parang, kapak, beliung dan lain-lain. Setelah pokok tersebut berjaya ditebang mereka mendapati tunggul pokok tersebut boleh memuatkan sejumlah orang bersila seramai 40 orang. Bersempena dengan kedudukan dan keunikan pokok tersebut yang terletak di hujung tanjung, maka mereka telah menamakan kampung tersebut dengan gelaran Kampung Tanjung Gahai. Maka wujudlah perkampungan tradisional yang tersusun bermula dari pembukaan kampung tersebut.


 

               POKOK GAHAI YANG DI TANAM DI PERKARANGAN SK. TANJUNG GAHAI